✿نور حنيس ✿
About ENTRY LINKS FACEBOOK TWITTER ASK.FM
Tips memilih aksesori
Thursday, November 28, 2013 • 8:00 AM • 0 comments


                                       

                                                        Assalammualaikum


Hai readers, hmm dah lama anis x update story mory kan maklumlah tahun ni anis exam. so apa lagi dah habis exam mula la balik aktiviti ni, lagipun dah start cuti sekolah so tak tahu nak buat apa huhu..

Hah berbalik kepada tajuk diatas anis ada nak share dekat korang "Tips memilih aksesori" kan. maklumlah sharing is caring..hehe tapi anis share tips ni bukan la nak katakan anis mahir tentang Fashion tapi bolehlah sebab anis ni bila keluar ke, baca majalah2 tentang fashion atau tengok tv anis suka pandang fashion seseorang itu so dapat la idea sikit hehe..
Tips yang pertama untuk : Si gadis Chubby

Chubby ni bukan nak kata anda seorang yang gemuk tak, chubby ni untuk seorang comel2, tembam2 haha..oke stop merepek. Baik untuk si gadis chubby anda perlu kurangkan aksesori yang sarat kerana anda akan kelihatan lebih padat dan over! dan kalau anda menyarungkan kasut jenis wedges gaya anda pasti terserlah dan ia akan lebih selesa dan mampu menyeimbangkan badan ketika melangkah.

Tips yang kedua untuk : Seorang yang leher kurus & panjang

Bagi memberi kesan seimbang pada leher, anda perlu kenakan aksesori yang rapat pada leher seperti "Choker" dan anda perlu elakkan mengenakan rantai atau aksesori panjang. Anda juga boleh menggunakan aksesori subang berbentuk bulat bagi menonjolkan visual lebar pada penampilan raut wajah. Apabila memilih busana pula, elakkan memakai baju dengan garis leher luas atau panjang sebaliknya pilih baju bergaris leher bulat,polo neck atau turtle neck.

Tips yang ketiga untuk : Seorang yang leher pendek & muka bulat

Anda boleh memakai subang dan rantai berjurai untuk menghasilkan visual muka lebih panjang.Teknik ini juga membantu mengalihkan perhatian pada muka bulat anda itu.Bagi mengimbangi bentuk seperti ini, pilih baju dengan garis leher luas dan terbuka.

Tips yang keempat untuk : Si gadis Genit

kalau korang tak tahu "Genit" tu apa ia lebih kurang "ketot" la. kalu tak faham lagi "Pendek" senang cerita huhu..oke back to the tips.Elemen aksesori perlu dititikberatkan bertubuh kecil molek atau genit.Anda mesti elakkan mengenakan busana yang dipenuhi corak sarat serta hiasan seperti labuci ataupun manik.Manakala beg pula, anda tidak seharusnya menggunakan beg tangan yang besar.Begitu juga dengan kasut silang yang terlalu banyak tali.Ia akan menampakkan kaki anda akan lebih pendek.Jalan penyelesaian, pakai kasut tumit tinggi untuk menambah ketinggian. Ingat! jangan sesekali memakai kasut pump atau kasut mendatar yang lain.

Okeyh this is the only way that I can share with you all, and I hope you can use it in the best possible..dan kalau ada tersalah tips ka cakap ka ceq minta maaf noh dan sila-silalah beranikan diri anda untuk tinggalkan komen..Thank you :)


p/s : I Love Fashion :)






PAST
:: SWEET OWNER ::


HAI jelly when look my profile?? you can have it too.....



:: MY SWEETHEART ::



:: LEAVE YOUR WORDS ::


:: CREDITS TO ::

Made by Yaya
Help|picture|cursor by HAAANIS'
Best View : Google Chrome

:: PAST STORY ::